1. Darjah 1 - Kelas 1 Anggerik
Aku ada English Camp disekolah. Seingat aku, aku pakai baju gaun kembang renda-renda color kuning, menari ala-ala portugis. Pasangan aku adalah Azwan.
2. Darjah 2 - Kelas 2 Anggerik
Aku berkawan Mardiana Azra. Aku tak suka dia sebab dia suka mengarah orang dan berlagak cantik dan pandai tapi sebenarnya sama jek ngan aku cuma maybe dia lebih pandai Nahasa Inggeris berbanding aku.
3. Darjah 3 - Kelas 3 Anggerik
Darjah 3 ni aku tak ingat apa-apa.
4. Darjah 4 - Kelas 4 Anggerik
Aku belajar menggunakan sempoa dengan cikgu Zahari.
Cikgu Rashid ajar Matematik, garang gile..
5. Darjah 5 - Kelas 5 Anggerik
Darjah 5 ni aku pun tak ingat apa-apa.
3. Darjah 6, aku dan kawan-kawan buat persembahan Dikir Barat dengan menggunakan lagu 'Angin Bayu' dari kumpulan Faminin. Masa tu aku ada seorang abang angkat yang bernama Abduk Razak. Hensem orangnya tapi bila dia senyum la..
Kawan baik aku masa tu ialah Suhaila, Syuhada, Anim, Umi, Faizal Kamarudin, Norman, Ali, Faizul Abu Bakar, Yasir, Nurul Hamidi dan beberapa kawan sekelas yang lain.
Pencapaian Sek. Keb. Sinat Bahagia
1. Banyak memenangi pertandingan melukis. Paling teruk pun hadiah saguhati. Kiranya setiap kali masuk mesti dapat hadiah punyalah.
2. Pertandingan bola jaring peringkat sekolah dan zon. Aku paling suka main bola masa tu. Tapi ada kejadian paling aku benci bila masa pemilihan ke peringkat daerah, nama aku telah diganti dengan nama perempuan yang aku paling benci masa darjah 2. Ni semua mak dia punya pasal. Dia ingat anak dia teror sangat la tu. Sedih sangat time tu.
Sek. Men. Keb. Munsi Abdullah (1997-1999)
1. Tingkatan 1 - Kelas 1 Khas
Aku di masukkan di kelas khas Bahasa Inggeris (1K).
Kelas 1K ini adalah satu-satunya tingkatan 1 sesi pagi. Memandangkan ia kelas khas bahasa Inggeris, maka pelajaran bahasa Inggeris lebih banyak kelasnya berbanding dengan kelas lain. Aku kenal ramai kawan baru. Seronok sangat. Antara kawan baru aku ialah Zareeth Syakila, Amarul Fadly, Ahmad Zulhizam, Nick, Paly, Nadia dan beberapa rakan yang lain.
Tapi kawan baik aku masa tu ialah Ina, Atim dan Umi.
Aku dilantik menjadi pengawas sekolah.
2. Tingkatan 2 - Kelas 2 Khas
Aku masih di kelas yang sama dah kawan-kawan yang sama. Masa tu aku mulai rapat dengan Ahmad Zulhizam. Aku couple dengan dia. Tapi masa tu tak ada dating-dating sebab hati-hari jumpa kat sekolah. Lagi pun aku bukannya suka sangat keluar.
3. Tingkatan 3 - Kelas 3 Khas
Tingkatan 3 adalah masa paling sibuk dengan belajar sebab nak PMR, sibuk dengan teater dan koir. Sibuk juga dengan kawan-kawan. Aku kenal dengan seorang abang bernama Saiful Khairie. Kami berkenalan masa Kem Perintis. Kami selalu pas-pas surat. Best sangat masa tu.
Aku dapat seorang guru lukisan baru, tak ingat namanya. PAling aku suka bila mana cikgu tu bagi pinjam buku lakaran untuk melukis model. Aku sebenarnya sangat berminat dengan fesyen. Masa tu aku cuma nak jadi pereka fesyen. Cikgu tu sangat memberi dorongan kepada aku. Terima kasih cikgu.
Pencapaian di Sek. Men. Munshi Abdullah.
1. Pertandingan nasyid peringkat sekolah, zon, daerah.
2. Coral Speaking peringkat sekolah.
3. Persembahan teater 'Si Bongkok Tanjung Puteri'.
4. Petandingan sajak sempena bulan Kemerdekaan.
5. Kuiz Sains peringkat sekolah.
4. Tingkatan 4 - Kelas 4 Sains Tulen/ Kelas Kejuruteraan Awam 3
Memandangkan keputusan PMR aku agak memuaskan, aku terpilih masuk kelas Sains Tulen. Tapi kelas tu ramai pelajar Cina. Aku berada dikelas tu tak lama. Cuma seminggu sahaja kerana aku dapat masuk Sekolah Teknik Kota Tinggi. Aku dibuang sekolah..benci sangat kerana pemergian aku secara terpaksa.
Sekolah Men. Teknik Kota Tinggi (2000-2001)
Aku masuk Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi dalam jurusan Kejuruteraan Awam. Aku juga kena duduk asrama. Aku benci betul sebab aku tak suka duduk asrama.
Aku kenal dengan ramai kawan baru. Budak perempuan yang duduk sebelah aku namanya Nonoi (nama sebenar tak ingat). Aku tak suka dia sebab dia suka control hidup aku. Lagi satu aku tak suka bila dia suh buatkan homework Lukisan Kejuruteraan Awam. Aku memang suka subjek lukisan dari azali. Dia suka menyibuk hal orang.
Aku hanya tinggal di asrama hanya 3 bulan sahaja memandangkan aku ada masalah peribadi yang agak pelik. Ayah agak marah dengan aku kerana tak tinggal di asrama. Aku tinggal dirumah mama dan ayah. setiap bulan tambang bas sekolah aku RM90, belum lagi termasuk wang saku. Banyak ayah belanjakan duit setiap bulan. Tapi ayah tak pernah mengeluh, katanya sekolah itu penting.
Susah sebenarnya jadi pelajar outsider. Setiap hari aku terpaksa keluar rumah seawal pukul 6 am. Balik sekolah jam 3 pm. Letih sangat. Balik sekolah pula kene berebut dengan budak-budak lelaki sebab aku sorang je outsider perempuan kawasan umah aku. Biasanya aku je la yang mengalah..huhuhu..sedih tau..tapi aku selamba jek sebab aku tak mo dok asrama.
5. Tingkatan 5 - Kelas Kejuruteraan Awam 3
Aku menjadi ahli kelab pengguna dan menjawat jawatan Naib Pengerusi. Aku paling tak suka bila mana aku kena jual surat khabar dari kelas ke kelas. Malu tapi nak buat macam mana. Tanggung jawab perlu dilaksanakan.
Aku mengikuti rombongan mendaki bukit anjuran budak silat yang diketuai ustaz Marzuki. Pertama kali aku mendaki Gunung Panti yang ada kat Kota Tinggi tu. Pengalaman yang sangat berharga sebab aku tak pernah mendaki gunung. Sebenarnya aku tak suka sangat aktiviti outdoor seperti mendaki gunung, kayak, camping dalam hutan..tapi aku suka aktiviti indoor seperti teak wan do, gym, jogging.
Kawan baik aku masa sekolah teknik ialah Nurhidayah dan Sheila.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (2002-2003)
Keputusan peperiksaan SPM aku kurang baik. Pada mulanya aku nak terima Form 6 kat area rumah tapi tiba-tiba pula aku dapat tawaran ke matrikulasi dalam aliran Sains Fizikal. Pada mulanya aku rasa macam nak tolak juga sebab aku tak mahu duduk asrama. Kakak aku pula pujuk aku supaya terima kerana peluang masuk universiti besar, lagipun katanya boleh jimat masa belajar. Selepas itu aku terima cadangan kakak aku. Aku ditempatkan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam jurusan Sains Fizikal. Sejujurnya aku boleh diketegorikan sebagai "Calture Shock".
1. Asrama : Syukur kehadrat Ilahi sebab aku ditempatkan dikediaman yang dekat dengan dewan kuliah. Aku juga bersyukur kerana mempunyai roomate yang paling baik iaitu Mai. Mai ni budak Cheras dan dalam jurusan Sains Hayat. Dia seorang gadis yang baik dan sentiasa membantu. Aku suka bila dia menghafal biology dengan bercerita kepada aku. Dia juga pandai.
2. Pelajaran : Aku tidak sangka cara pembelajaran di matrikulasi seperti itu. Semua cepat, cara pembelajaran sendiri sama ada study group or study sorang-sorang dan kena pandai cari hint (cari lecturer selepas kelas dah tanya soalan). Semesta satu pointer aku sangat teruk. Hampir-hampir kena buang kolej. Semesta dua, aku campur dengan budak-budak hayat. Cara diaorang belajar dengan study group, pastu setiap orang akan menerangkan bab-bab yang diberi dan kemudianya dibincang bersama. Aku rasa ini cara yang paling efisyen.
3. Kawan : Semesta 1, aku ada 2 orang kawan rapat. Diaorang sangat baik dengan aku. Semesta 2, aku dapat lagi ramai kawan rapat terutama budak-budak dari Sains Hayat. Syukur alhamdulilah, semesta ini buat aku rasa lebih bermakna berada di matrikulasi ni. Aku gembira dapat kawan yang pandai dan mesra, juga bukan yang suka manipulasi orang. Hehe.. pernah sekali kami main tipu untuk keluar outing dan akibatnya kereta yang kami naik tu incident sebelumsampai pekan Kuala Pilah..hah, tu la akibatnya menipu..
4. Kemudahan : Betapa bertuahnya berada di matrikulasi sebab asramanya selesa, dewan kuliah yang besar, pensyarah yang baik-baik belaka dan sentiasa membantu pelajar, kafeteria yang menyediakan makanan yang sedap dah harga berpatutan dan kemudahan sukan yang sangat baik. Aku memang suka belajar kat kolej matrikulasi kerana suasana yang selesa.
Universiti Putra Malaysia (2003-2006)
Aku mengambil jurusan Bacelor of Computer Science majoring Multimedia. Course yang aku tak pernah terfikir untuk diceburi. Sejujurnya, aku teramat bersyukur kerana Allah s.w.t memberi aku peluang untuk menyambung pelajaran di UPM ini kerana ini adalah satu-satunya universiti yang aku teringin nak masuk. Selama aku belajar di UPM selama 3 tahun, tidak pernah sekali aku menyesal malah sangat-sangat berpuas hati.
1. Multimedia : Ini adalah jurusan yang aku tak tahu dan programming adalah subjek yang aku paling bodoh dan paling benci. Aku rasa pelik kenapa mesti belajar semua ni. Semesta 1 pointer aku tak begitu baik kerana kejutan matapelajaran. Setiap kali aku buat coding mesti menangis sebab aku tak tahu buat. Tapi masuk semesta seterusnya aku sudah pandai sedikit demi sedikit dan keputusan semesta aku semakin baik.
2. Kawan : Aku kenal ramai kawan terutama dari kaum Cina. Memandangkan kelas aku ramai student berbangsa Cina so aku mengambil peluang berkawan dengan mereka kerana selama aku belajar disekolah aku tak ada seorang pun kawan berbangsa lain. Aku suka berkawan dengan sesiapa. Kawan-kawan melayu aku pun semuanya baik-baik belaka. Seingat aku tak ada seorang pun dari kami mempunyai masalah sosial seperti kebanyakan remaja.
3. Suasana : Aku paling suka persekitaran UPM. Walaupun aku tinggal di Kolej Kediaman yang jauh tapi ada bus untuk ke dewan kuliah. Cafeteria yang banyak, Pusat Kesihatan yang bagus dan kemudahan riadah pelajar yang bagus.
4. Lokasi : UPM berasa dilokasi yang agak strategi. Boleh dikatakan dekat untuk ke KL dengan kemudahan Komuter dan LRT Star. Antara shopping complex yang terdekat ialah The Mines dan Mid Velly. Itulah tempat-tempat yang aku selalu 'hang out' bersama kawan terutama Faz. Abis je kelas dok merayap kat The Mines. Walau pun begitu kami tak tinggal pelajaran.
Serius aku katakan yang "I LOVE UPM"