Monday, March 15, 2010

Pick Pocket


07/03/2010 Ahad 3.30pm

Ini adalah pengalaman yang aku tak boleh lupa. Minggu lepas aku g gym area Raja Chulan. Balik dari gym, aku plan untuk ke Times Square. Masa tu aku naik monorail. Ramai orang masa tu. Aku pula bawa bag galas belakang. Sebelum pintu monorail masuk tiba-tiba ada seorang lelaki cepat-cepat masuk. Dia himpit aku. Hati aku tergerak untuk gerakkan bag kehadapan tetapi disebabkan sempit jadi aku fikir sampai di Bukit Bintang la aku gerak bag tapi malangnye sebelum aku sempat berbuat demikian, dompet aku telah dicopet oleh manusia yang tak ada hati perut tu..aku cuba nak kejar tapi tak dapat cam muka dia. Apa yang aku paling pasti ialah dia pakai belang getah color hijau. Aku ingat sangat gelang yang dia pakai. Actually aku tak pasti sama ada dia atau orang lain yang ambil tapi hanya dia je yang paling hampir dengan aku. Aku bergegas lapor pada polis bantual kat monorail tu tapi hampa. Masa tu aku agak kalut dan terkejut. Benda pertama aku buat ialah call beberapa bank untuk buat penutupan akaun. Petang tu aku balik rumah, then aku buat online banking. Agak malang sekali wang aku di salah sebuah bank habis. Aku amat sedih sebab duit yang habis tu adalah duit gaji aku. Aku buat laporan polis petang tu dengan bantuan rakan ofis. Esoknya aku terus buat Mykad, lesen dan atm kad yang hilang.

Ini merupakan dugaan untuk aku. Aku percaya ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku. Selepas kejadian ini aku menjadi lebih berhati-hati. Aku amat bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana walaupun kejadian ini berlaku, mama, ayah, along, mak, cikma sentiasa disisi. Sokongan mereka walau pun hanya di handphone cukup membuatkan aku tidak berasa seorang. Begitu juga kawan-kawan aku terutama Dila dan Hafiz kerana banyak membantu saat aku betul tak ada apa-apa. Begitu juga dengan Ateh kerana memberi sokongan moral. Zairie pula, terima kasih kerana memperlawa untuk meminjamkan wang. Kepada kawan-kawan yang lain juga, terima kasih kerana mengambil berat. InsyaAllah jika epi berkemampuan kelak, epi akan cuba membalas jasa korang.

Percaya la setiap dugaan yang Allah beri tu adalah tanda Allah sayang kepada kita, maka Dia mahu kita sedar dari kesilapan diri. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah sentiasa berada di sisi kita.

No comments: