Syukur alhamdulilah akhirnye aku sudah sampai ke kampung untuk menyambut lebaran. Esok adalah hari terakhir aku untuk menunaikan ibadah puasa.
Pagi td masa kat umah mama aku pergi memancing kat kebun ayah bersama along dan adik..banyak juga la ikan yg dapat walaupun saiz ikannye agak kecik. Aku tetap bersyukur dan berasa enjoy dengan aktiviti ni. Petang pula aku pergi ke Kota Tinggi untuk menemani adik aku untuk beli baju raya, kemudian kami ke bazar ramadhan. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah Azhar dan cik Amad untuk menghantar buah pulasan. Buah pulasan tu petik kat umah mama jek. Sampai taib andak sudak jam 7.10pm.
Selepas magrib, aku, mama, adik dan along pergi ke kedai langsir dan IOI mall. Setelah selesai membeli barang kami pun balik ke rumah. Masa sampai kat umah, ada kak uji, mak, cik mah dan acik sedang mengayam ketupat. Cik ma menegur aku berkenaan dengan gigi aku. Katanya gigi aku nampak jongang pastu dah la jarang. Pastu nenek aku boleh sambung lagi..katanya tu la jadinya bila x bersyukur dengan pemberian tuhan. Hati aku betul-betul sedih teramat. Aku terus cakap, aku pakai braces ni bukan utuk cantik-cantik tapi hanyalah untuk membetulkan struktur gigi aku yg sangat jarang.Aku bagi tahu lagi hukumnye harus jika gigi betul-betul mengalami masalah dan jika untuk sekadar cantik hukumnye haram. Semua tu aku dah selidik dulu sebelum aku membuat keputusan memakai braces. Memang sekarang aku akui aku memang hodoh kerana kesan tarikan pada gigi atas mengakibatkan gigi aku kosong satu dihadapan. aku memang hodoh tapi aku tetap sabar. Sekarang waktu pemulihan gigi aku jadi nak atau tidak aku kena juga hadapi walau pun orang sekeliling aku mengejek. Siapa tak malu kalau gigi xde. Selama nie aku tebalkan mula je..aku diam kan je apa orang nak kata, aku terima jek tapi entah kenapa malam nie aku betul-betul x boleh tahan. Terutama bula mak kata aku x mensyukuri nikmat Allah bagi? Astagfirullahalazim...tidak pernah terlintas sedikit pun dalam hati aku untuk memaikai braces ni semata-mata untuk menonjolkan kecantikan tetapi aku sendiri malu dan kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kerana memikirkan masa depan aku dengan kerjaya aku sekarang, semua itu menuntut untuk aku melakukan perubahan dan aku anggap perubahan ini adalah perubahan yang positif. Ya, aku sekarang memang hodoh dan aku mengaku aku memang malu tapi aku nak buat macam mana..kerana itulah aku pendam jek semua orang nak cakap apa..cuma hari nie hati aku benar-benar terluka. Aku menagis sepuas-puasnya. Aku tahu kemungkinan mak, acik dan cik mah tidak sengaja cakap macam tu kat aku tapi tetap aku tidak dapat membendung kesedihan aku. Sesungguhnye tidak ada seorang pun yang faham apa yang aku tanggung selama ni..rasa malu, rasa sakit..semua aku tanggung sendiri..Apa yang semua orang nampak adalah kegembiraan aku sahaja..keselambaan aku..tapi sebenarnye di dalam hati hanya aku dah Allah s.w.t je yang tahu dan kepadaNya lah aku selalu mengadu..