Sabtu yang lalu aku menerima sms lagi dari Mr.X..kemudia berakhir dgn pergaduhan..
Ceritanya bermula begini..
Beberapa minggu yang lalu aku memang terlalu excited dengan Galaxy tab lalu aku pun bertanya la pada Mr.X memandangkan dia ada kedai handphone. Biasa la sebelum nak betul-betul membeli seharusnya aku bertanya rate harga. Apa yang membangkitkan kemarahan aku adalah apabila aku bertanya last harga dia boleh plak cakap aku nie kedekut la, berkira la...emmm..berkira ke macam tu sedangkan if beli kat kedai pun kita ada konsep tawar menawar. As a customer i have right to ask..bongok la mamat nie..x pe la aku lantakkan. Pastu paling aku tak tahan bila sms dia "Kalau x de duit x ya beli la"..memang celaka la dia nie..ok, fine aku mmg x mo beli kan ko pun..tp yg ko do miscol2 and sms aku, terhegeh-hegeh dok sibuk suh aku beli tu apa pasal..bangang la..
Sabtu lepas dia sms lagi "X de duit ke nak ambil tab?"..aku sebenarnye malas nak layan tetapi kerana kepanasan yg semakin meluap aku pun reply and selepas tu ria reply dengan menggunakan ayat yg betul-betul buat hati aku luruh dan teramat-amat sedih. Seandainya dia menganggap aku sebagai kawan, that not a proper way to treat ur friend.. semua maki hamun di keluarkan..aku sangat-sangat terkilan...
Sememangnye sebelum ni pun aku dah pernah kena maki hamun dari Mr.X tp aku sabar kan lg...sehingga la hari ini..Sesungguhnya aku percaya suatu masa tentu ada hari untuk dia. Aku hanya bersabar dan percaya akan takdir Allah and ini adalah ujian bagi Allah untuk aku.
Last sms dari Mr.X ialah dia akan bertunang minggu nie...nak kata aku kecewa tidak juga tp ada kekesalan yang teramat sangat..biarlah ia menjadi rahsia sampai mati tapi boleh ke aku meneruskan hidup dengan berharap aku dapat melupakan semua..semua memory aku dengan Mr.X..sikit pun walau sezahrah pun aku x mo ingat tapi itu mustahil kecuali aku hilang ingatan...Astagfirullahalazimm....aku hilang dalam keserabutan diri aku sendiri.
Sesungguhnye aku tidak mampu menahan semua nie...aku menangis sepuas-puasnya malam itu sehingga aku tidak dapat menahan semuanya..akhirnya untuk mengurangkan rasa beban dihati aku solat sunat 2 rakaan dan membaca surah Mariam..aku tidak pasti adakah surah itu sesuai untuk melegakan keresahan aku tapi aku percaya setiap patah huruf didalam alQuran itu adalah mukjizat Allah yang terbesar. Alhamdulilah setelah aku selesai membaca, sedikit demi sedikit hati aku semakin tenang cuma semestinya masih berbaki...
Seharian hari Ahad aku memerapkan diri di dalam bilik..Sepangjang hari itu aku dok dengar alunan Mozard and bethoven sahaja..aku agak serabut...aku berharap moga-moga otak aku tidak akan memikirkan perkara semalam..
Sunday, July 17, 2011
Thursday, July 14, 2011
Sekadar peringatan
Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .
Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):
' Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!'
Marilah kita ucapkan kalimah ini : ' Laa ilaaha illallah !' x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali,
fowardkan email ini kepada sekurang - kurangnya 10 orang rakan-rakan anda .
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,
hanya untuk usaha kita yang sedikit ini
Laa ilaaha illalLah !
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,
pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .
Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ):
' Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!'
Marilah kita ucapkan kalimah ini : ' Laa ilaaha illallah !' x 10
Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali,
fowardkan email ini kepada sekurang - kurangnya 10 orang rakan-rakan anda .
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,
hanya untuk usaha kita yang sedikit ini
Laa ilaaha illalLah !
Monday, July 11, 2011
Nasihat dari Jin Ho
- Jangan cepat jatuh cinta
- Jangan cepat memaafkan orang lain
- Jangan cepat mempercayai kawan sendiri
- Jangan jatuhkan maruah sendiri
Subscribe to:
Posts (Atom)