Sunday, January 30, 2011

Si comel yg menarik...

Hari ni aku tolong Dila angkat barang. Permohonan Dila untuk berpindah ke Putrajaya akhirnye berjaya and now she need to move there. Lepas angkat barang, aku, Dila, Kak Anim and Darsy gi makan kat food court Putrajaya. Masa nak balik aku singgah kat gerang goreng pisang..hehe..walaupun lepas makan tapi rasa nak mengunyah lg..masa nk beli tu datang seorang budak kecil perempuan yg sungguh comel, rasanya dalam 2 - 3 tahun..berlari2 sambil tersenyum lebar, maybe baru dpt 'kaki' kot. Aku rasa budak ni pelik betul budak ni sb tak takut orang..masa aku baru nak main2 ngn dia, tibe2 ayah dia dtg..si comel ni sempat melambai2 kat aku..ya Allah betapa comelnye budak ni..dah la comel, peramah pulak tu..yang lagi aku pelik budak ni x berhenti senyum dan terus melambai..agaknya suka kot tgk ada kakak ramai2..sampai la kami dah nak gerak ke parking lot tapi budak comel tu still melambai lagi...waaaa...budak ni betul2 cool..kata kawan2 aku maybe budak tu suka kat sweater aku yang bulu2 ni..lagi2 la ia berwarna pink...hehehe..hari ni seharian hujan so aku pakai la sweater aku yg cute ni..aku sebenarnye suka sgt musin sejuk..so aku boleh hangatkan badan dgn pakai sweater...aku suka sweater yg ada hook kat belakang..nampak comel...

Sunday, January 23, 2011

Aku tetap aku..PART 1

Dari belajar sehingga la bekerja aku sangat fanatik dengan korea movie, drama dan ost. Aku rasa korean entertainment memeang best...cute, romantik, kelakar dan adakalanya sedih. Baru-baru ni aku dapat drama korea dari ofismate masa kat Vista..nama dia Muni..hehehe..aku suka dengan si Muni ni sb walaupn perwatakan dia ni seperti wanita 'muslimah' tapi sgt2 cool, kelakar dan paling penting kami sama - sama 'gila' kat Jang Guen Suk..serius, hampir hati-hari kami boleh kongsi cerita pasal JGS tu..

Kehidupan aku sejak kebelakangan ini agak kalam kabut sikit. Untuk tahun baru 2011 ni aku mulakan hidup aku dengan bekerja di tempat baru iaitu Synovate Sdn Bhd. Aku terpaksa meninggalkan Vista Solution Sdn Bhd kerana faktor gaji dan faktor ingin memperluaskan pengalaman kerja. Vista adalah company pertama aku bekerja selepas tamat belajar. Tidak aku sangka 'Programmer' adalah pekerjaan aku sedangkan aku pernah cakap yang aku tidak akan menjadi programmer. Hampir 3 tahun lebih aku bekerja kat Vista. Terlalu banyak kenangan dan ilmu aku pelajari di sana. Bos aku, Mr. Wong Loke Seng merupakan seorang bos yang paling baik. Bos yang tidak kedekut ilmu dan sentiasa mengingatkan aku jangan tersilap bila buat coding..hehe..maklum la aku ni kadang-kadang suka buat silap. A good thing about mr.Wong is he never scold me if i'm do the wrong thing...hehe..even buat salah pun dia hanya cakap apa kesalahan yang aku dah buat. Kelemahan aku adalah aku x boleh kena marah so aku seronok bekerja di bawah mr.wong..hehe..sebab itu lah aku bertahan kat Vista walaupun gaji kecil. Seronok rupanya menjadi programmer ni sebabnye masa tengah buat coding tu 1 je matlamat yang harus dicapai iaitu system ni mst boleh run without error...hahaa...kira aku teror la if buat2 then bile run x de error..

Permulaan hidup aku di Vista tidak la seseronok macam aku cita kat atas. Pada asalnya, aku berada diofis Teknology Park. Ofis tu cuma ada programmer je and seorang director manager yang bernama Chow Chun Weng. Dia ni hensem tau tapi tegas orangnye..kiranya dia la bos aku masa tu. Aku mempunyai seorang ofismate, namanye Sherly John. Sherly ni gaban selamba and kelakar orangnya tapi hatinya lembut..kami sangat baik. Kelebihan aku pada coding dan kelebihan Sherly pada databasen so kami saling memerlukan..Kami suka sangat kelak time keje so si Chow pun alih kan tempat kami agak berjauhan. Kelakar la bila ingat balik time tu. Selang setahun, Sherly meninggalkan aku sendirian kerana dia dapat offer kerja di company lain. Aku agak bersendirian ketika itu kerana aku seorang melayu. Walaupn begitu aku tak pernah terasa asing kerana staff yang lain walaupn berbangsa cina tapi tetap baik dengan aku. Selepas itu ada beberapa budak intern masuk..mereka yg aku kenal adalah bermula dengan Liza, Siti Salehah, Reni, Ina, Aida, Hok, Dawi, Faiz, Bihan, Yan, Heri, Kam Wah, Chow, Ah Soon, Yi Hoe, Kent, Chin, Pang, Isham, Muni, Shida, Zairie, Ina...wahh...sebenarnya ramai lagi cuma aku x ingat namanya. Hidup aku di Vista sebenarnya diwarnai dengan kerenah budak2 Intern. Ada diantara mereka rasa aku ni 'sangat garang' and ada yang kata aku ni baik..haha..sikap aku berubah bergantung kerja yang diaorang buat.. tapi time lunch aku akan peramah dengan semua org tapi bila time keje aku sgt tegas dan aku x suka diaorang main-main. Aku ni agak workaholic juga..aku ni pantang bila time keje orang sebelah ajak borak..aku cepat hilang focus n lupa apa yg aku tengah buat sebab tu aku x suka orang ganggu time aku tengah syok buat keje..hehehe. Biasanya untuk mengelak dari diganggu aku akan pakai headphone and akan dengar lagu kuat2 sambil buat keje..hehe..jahatnye aku..tapi dah menjadi kebiasaan aku dgr lagu sambil buat coding..baru la dapat idea..lagi2 la kalau dengar lagu korea or indie band...itulah kenangan aku dan itu juga la kegembiraan aku. I love every single thing in Vista.

Sekarang hidup aku sudah mula berubah arah. Di Synovate, aku bukan lagi sebagai programmer tapi sebagai data processing exec. Aku bukan tidak suka pekerjaan ini cuma mungkin aku kena back to basic so aku agak kekok dengan pekerjaan baru. Ada 1 benda aku suka iaitu gaji..hehe..agak memuaskan..yang lain belum lagi. Aku perlu banyak belajar untuk compete ngan rakan sekerja lain..i won't be lose by other person. Sebenarnya aku sedang melalui saat-saat perit di company baru ni tapi aku sangat-sangat bersyukur kerna ada kawan-kawan yang memberi semangat dan sentiasa menggembirakan aku. Thank juga kat 'abg' yang memberi nasihat dan semangat ketika aku betul-betul stress dgn masalah keje aku ni..hehe..tiba-tiba aku teringat hari aku ambil MC time aku stress..hari tu aku penuhkan masa dgn berjalan2 kat klcc..walaupun sorang-sorang tapi ia sangat berbaloi sebab aku dapat tenang kan sikit hati yg gundah and got some view by see other people walk around me..that day aku makan 2 slice kek (hazelnut cake and choc moist cake) yg aku beli kat secret Recipe..pastu aku beli air Grapetizer. Sedap air sparkling ni..masam..Petang pula aku gi tengok wayang cite hantu bertajuk 'Khurafat' ngan Zetty and Dila..hahha..aku ni dah la penakut pastu tengok cite hantu so mmg gamaknye aku tutup mata, x pn aku tutup guna bekas popcone..sampai bro kat sebelah aku tu tegur aku..'apa la yg akak dok baca kat bekas popcone tu yek'..hehe..padahal aku bukan baca apa pun cuma x nk tengok bab hantu tu kuar jek..kwn2 aku ckp membazir je sb tak tengok...at the end of day akhirnya aku dapat jg mengatasi stress aku..syukur...

Dalam hidup ini kita tidak boleh lari dari masalah tapi setiap masalah itu pasti ada jalan keluarnya cuma pendekatan yang kita ambil tu la bezanya...

Gambatte Rafidah!!!