"I Give My First Love To You" adalah sebuah movie berbahasa Jepun. Movie ini sangat menyentuh perasaan kerana at the end, heronya mati dan meninggalkan heroinya seorang diri...mungkin agak tidak menyeronokkan bagi sebuah cerita bila mana endingnya berakhir dengan kematian. Tak ada siapa pun yang suka termasuk aku..
Movie ini mengisahkan percintaan sejak kecil bermula di hospital. Mayu adalah watak perempuan, iaitu anak perempuan kepada doktor yang merawat seorang kanak-kanak yang ada penyakit jantung yang bernama Takuma. Mereka berjanji untuk bersama dan akan berkahwin bila mereka dewasa. Comelnya diaorang ni. Movie ini berlanjutan sehingga mereka bersekolah menengah. Untuk dijadikan cerita Takuma ingin melanjutkan pelajaran di sekolah yang jauh dari Mayu. Memandangkan Mayu kurang pandai maka inilah satu-satunya jalan supaya mereka berpisah. Sebenarnya tanpa Takuma sedar yang Mayu mengambil kelas tambahan dan belajar bersungguh-sungguh untuk masuk ke sekolah yang Takuma masuk. Mereka berjumpa pada hari pertama persekolahan mereka di mana Mayu membuat pengakuan di perhimpunan. Maka satu sekolah dah tahu hubungan mereka. Movie ini lagi menarik dengan kehadiran seorang lelaki kacak yang ingin memikat Mayu. Cinta antara Mayu dan Takuma sentiasa kukuh walaupun di ganggu oleh si kacak. Kesedihan juga diselangi dalam movie ini apabila kesihatan Takuma semakin teruk. Si Kacak sudah mula berkawan dengan Takuma apabila Takuma menang dalam bating diaorang. He deserve to win..because of his love to Mayu. Kesihatan Takuma semakin teruk. Dia tiba-tiba tidak sedarkan diri. Doktor yang merawat Takuma iaitu ayah Mayu mengatakan sudah tiba masanya...Takuma tidak dapat diselamatkan..Mayu teramat sedih..
Esok, tiba-tiba kesihatan Takuma sihat tiba-tiba. Takuma mengajak Mayu pergi ke tempat yang ingin mereka pergi dan menikmati seharian mereka bersama dengan sesuatu yang menyeronokkan..terlalu seronok sehingga Mayu tidak sedar itu adalah hari terakhir mereka. Sebelum balik ke hospital Takuma ada mengatakan sudah tiba masanya dia "pergi". Mayu terlalu sedih...dan akhirnya Takuma meninggalkan Mayu...Walaupun mereka berpisah di dunia tapi kasih mereka sehingga ke akhir hayat...harapan mereka, mereka akan bertemu kembali suatu masa nanti..
Movie ini walau pun singkat tapi cukup memberi makna. Kita yang sihat ni seharusnya lebih bersyukur dan menggunakan sebaik-baiknya waktu sihat kita untuk mencari kebahagian dunia dan akhirat. Percintaan merupakan sesuatu yang indah dan membahagiakan. Aku juga menginginkan percintaan yang indah. Aku mahu merasa perasaan itu kerana itulah Allah s.wt mewujudkan perasaan cinta antara Adam dan Hawa. Cinta yang suci dan agung...