Sunday, September 11, 2011

Rawatan Gigi

1) Cuci gigi a.k.a Scaling
Perlu dilakukan apabila terdapat karang gigi, bagi memulihkan kesihatan gusi (langkah pencegahan)
2) Tampalan/Simen a.k.a Filling
Dilakukan apabila gigi masih hidup (vital) iaitu lubang gigi masih tidak terkena pada saraf gigi
3) Rawatan Akar / Saraf Gigi  a.k.a Root Canal Treatment (RCT)
Dilakukan apabila gigi sudah mati (non-vital) iaitu lubang terlalu dalam melibatkan saraf gigi
4) Sarung gigi a.ka. Crown
Kebiasannya perlu dilakukan apabila tampalan gigi terlalu besar dan berkemungkinan pecah dalam jangka masa panjang.  Dinasihatkan agar dilakukan pada gigi yang mendapat rawatan saraf memandangkan gigi yang sudah mati mudah pecah terutamanya bagi gigi geraham.
5) Jambatan a.k.a Bridges
Dilakukan apabila terdapat kehilangan sebatang gigi di antara 2 batang gigi.  Namun tidah digalakkan dilakukan jka gigi bersebelahan masih elok.  Berfungsi menggantikan gigi seperti gigi palsu cuma bezanya ia akan disimen kekal dengan gigi bersebelahan dijadikan sebagai penyambung
6) Gigi Palsu a.k.a Denture
Untuk menggantikan gigi yang hilang.  Boleh dibuka dan dipasang semula (tidak disimen)
7) Gigi Palsu Sementara a.k.a Immediate Denture
Diberikan apabila cabutan gigi dilakukan.  (untuk kes tertentu sahaja)
8)Tanam Gigi a.k.a Implant
Untuk menggantikan gigi.  Berkemungkinan memerlukan beberapa langkah surgeri (pembedahan kecil) sebelum melakukan penanaman gigi.  Kos lebih mahal tapi lebih estetik berbanding rawatan gigi palsu memandangkan ia menyerupai gigi natural
9) Cabutan a.k.a Extraction
Cabut  cabut  cabut…hanaya bila dah tak dapat nak diselamatkan gigi tersebut
10) Pemutihan Gigi a.k.a Bleaching
Menggunakan sejenis asid yang berkepekatan rendah untuk memutihkan gigi
11) Pengetaman Gigi a.k.a Root Planning / Root Debridement
Rawatan hanya disediakan ditempat tertentu oleh pakar gusi (periodontik).  Diberikan pada mereka yang mempunyai masalah gusi yang teruk dan berkait dengan masalah gigi yang longgar
12) Pendakap Gigi a.k.a Ortodontic
Digalakkan bagi mereka yang mempunyai susunan gigi yang tak teratur pada kadar yang teruk (boleh membawa masalah percakapan, estetik, pemakanan dll jika tidak dirawat)
13) Mouth guard /Splint
Untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sendi di rahang mulut

Hukum memakai pendakap gigi(braces), tanam gigi(implant) dan jambatan gigi(bridge)

Tanam Gigi dan Jambatan Gigi

Soalan : Gigi depan saya sudah dicabut kerana buruk dan sekarang memakai gigi palsu. Bolehkah saya tanam gigi untuk gantikan gigi palsu kerana banyak masalah pakai gigi palsu ini. Apakah hukumnya? Bagaimana sekiranya saya meninggal nanti kerana ada orang kata apabila kita meninggal semua anggota palsu kita perlu dibuka.
Dijawab oleh Ustazah Sakinah;
Dibolehkan menanam gigi yang telah rosak dan menggantikannya dengan gigi yang baru. Ia tidak termasuk mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Tambahan pula proses situ perlu memandangkan gigi sentiasa digunakan. Seorang sahabat pernah mengalami kerosakan hidung akibat peperangan.
Kemudian beliau meminta keizinan Nabi s.a.w untuk menggantikan hidungnya dengan hidung yang diperbuat daripada emas. Lalu baginda membenarkan. Gigi yang ditanam itu tidak lagi perlu dibuka apabila meninggal. Kerana perkara seperti itu tidak pernah disebut dalam nas yang tsabit daripada Rasulullah s.a.w.

Hadis tersebut diriwayat dari ‘Arfajah ibn As’ad yang mana hidungnya telah terpotong semasa perang Kilaab ketika Jaahiliyyah, dan dia memakai hidung perak, tapi kerana ia berbau tidak menyenangkan, maka Rasul-ALLAH s.a.w. menyeruhnya memakai hidung yang diperbuat dari emas.
Ia diriwayat dalam al-Tirmidzi (1770), Abu Daud (4232) dan al-Nasai’ (5161). Diklasifikasikan Hasan oleh al-Albaani dalam Irwa’ al-Ghalil (824). 


Hukum Memakai Braces(Pendakap Gigi)
www.iLuvislam.com
oleh: nazrie5799
 
braces.jpg braces image by xphoiox


Islam melarang manusia mengubah ciptaan Allah pada dirinya yang telah sempurna tanpa ada suatu keperluan atau darurat. Perbuatan ini akan mengundang laknat dari Rasulullah s.a.w. sebagaimana disebut oleh hadis;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الواشمة والموشمة، والواشرة والمستوشرة
 
“Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang membuat tatu dan meminta dibuat tatu, perempuan yang menipiskan gigi dan yang meminta dinipiskan giginya”. (Riwayat Ibnu Jarir dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Namun jika ada keperluan seperti untuk membaiki kecacatan pada diri sama ada semulajadi atau kerana sebab-sebab mendatang seperti kemalangan, terbakar dan sebagainya, diharuskan kita melakukan pembedahan atau sebarang tindakan lain pada badan untuk membaiki kecacatan tersebut. Di dalam bukunya al-Halal Wa al-Haram Fil-Islam, Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan; “Jika pada diri seorang insan itu terdapat kecacatan yang boleh menyakitinya sama ada dirasai secara fizikal atau secara mental (iaitu menimbulkan rasa rendah diri) setiap kali berada di dalam majlis atau singgah di satu tempat, diharuskan ia membaiki kecacatan tersebut selama niatnya ialah untuk menghilangkan kepayahan yang dihadapinya. Allah tidak menjadikan di dalam agama ini sebarang kepayahan ke atas kita”. Keharusan ini disokong oleh hadis yang mengaitkan laknat Allah ke atas perbuatan mengubah gigi tadi dengan tujuan semata-mata untuk menambah kecantikan dan mengubah ciptaan Allah (bukan kerana keperluan atau darurat), iaitu sabda Nabi s.a.w.;
لَعَنَ اللهُ الْوَاشِمَاتِ، وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ، وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ، وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ، الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
 
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Imam Nawawi semasa mensyarahkan hadis di atas, beliau menegaskan; sabda Nabi s.a.w. “
perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik” menunjukkan bahawa yang diharamkan ialah bagi orang-orang yang melakukan perkara tersebut (yakni mengubah gigi) untuk tujuan kecantikan semata-mata. Adapun kerana keperluan iaitu untuk mengubati atau untuk membaiki kecacatan pada gigi dan seumpamanya, maka diharuskan”. (Syarah Soheh Muslim, juz. 14, Kitab al-Libas Wa az-Zinah).

Jelaslah bahawa memakai braces (pendakap gigi) tidak termasuk di dalam perbuatan mengubah gigi yang dilaknat Allah dan RasulNya di dalam hadis di atas kerana tujuannya bukan untuk mengubah ciptaan Allah dengan sengaja tetapi untuk membaiki kecacatan pada gigi. Gigi yang jongang sekalipun tidak mendatang kesakitan pada fizikal, tetapi mendatangkan kesakitan pada mental kerana dipandang hodoh oleh orang lain, menyebabkan kita tidak selesa apabila berhadapan dengan orang lain.

Sunday, August 28, 2011

Bersabarlah..kerana pasti ada hikmah disebaliknye...

Syukur alhamdulilah akhirnye aku sudah sampai ke kampung untuk menyambut lebaran. Esok adalah hari terakhir aku untuk menunaikan ibadah puasa.

Pagi td masa kat umah mama aku pergi memancing kat kebun ayah bersama along dan adik..banyak juga la ikan yg dapat walaupun saiz ikannye agak kecik. Aku tetap bersyukur dan berasa enjoy dengan aktiviti ni. Petang pula aku pergi ke Kota Tinggi untuk menemani adik aku untuk beli baju raya, kemudian kami ke bazar ramadhan. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah Azhar dan cik Amad untuk menghantar buah pulasan. Buah pulasan tu petik kat umah mama jek. Sampai taib andak sudak jam 7.10pm.

Selepas magrib, aku, mama, adik dan along pergi ke kedai langsir dan IOI mall. Setelah selesai membeli barang kami pun balik ke rumah. Masa sampai kat umah, ada kak uji, mak, cik mah dan acik sedang mengayam ketupat. Cik ma menegur aku berkenaan dengan gigi aku. Katanya gigi aku nampak jongang pastu dah la jarang. Pastu nenek aku boleh sambung lagi..katanya tu la jadinya bila x bersyukur dengan pemberian tuhan. Hati aku betul-betul sedih teramat. Aku terus cakap, aku pakai braces ni bukan utuk cantik-cantik tapi hanyalah untuk membetulkan struktur gigi aku yg sangat jarang.Aku bagi tahu lagi hukumnye harus jika gigi betul-betul mengalami masalah dan jika untuk sekadar cantik hukumnye haram. Semua tu aku dah selidik dulu sebelum aku membuat keputusan memakai braces. Memang sekarang aku akui aku memang hodoh kerana kesan tarikan pada gigi atas mengakibatkan gigi aku kosong satu dihadapan. aku memang hodoh tapi aku tetap sabar. Sekarang waktu pemulihan gigi aku jadi nak atau tidak aku kena juga hadapi walau pun orang sekeliling aku mengejek. Siapa tak malu kalau gigi xde. Selama nie aku tebalkan mula je..aku diam kan je apa orang nak kata, aku terima jek tapi entah kenapa malam nie aku betul-betul x boleh tahan. Terutama bula mak kata aku x mensyukuri nikmat Allah bagi? Astagfirullahalazim...tidak pernah terlintas sedikit pun dalam hati aku untuk memaikai braces ni semata-mata untuk menonjolkan kecantikan tetapi aku sendiri malu dan kurang berkeyakinan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Kerana memikirkan masa depan aku dengan kerjaya aku sekarang, semua itu menuntut untuk aku melakukan perubahan dan aku anggap perubahan ini adalah perubahan yang positif. Ya,  aku sekarang memang hodoh dan aku mengaku aku memang malu tapi aku nak buat macam mana..kerana itulah aku pendam jek semua orang nak cakap apa..cuma hari nie hati aku benar-benar terluka. Aku menagis sepuas-puasnya. Aku tahu kemungkinan mak, acik dan cik mah tidak sengaja cakap macam tu kat aku tapi tetap aku tidak dapat membendung kesedihan aku. Sesungguhnye tidak ada seorang pun yang faham apa yang aku tanggung selama ni..rasa malu, rasa sakit..semua aku tanggung sendiri..Apa yang semua orang nampak adalah kegembiraan aku sahaja..keselambaan aku..tapi sebenarnye di dalam hati hanya aku dah Allah s.w.t je yang tahu dan kepadaNya lah aku selalu mengadu..

Sunday, July 17, 2011

Hati yang dilukai...

Sabtu yang lalu aku menerima sms lagi dari Mr.X..kemudia berakhir dgn pergaduhan..


Ceritanya bermula begini..


Beberapa minggu yang lalu aku memang terlalu excited dengan Galaxy tab lalu aku pun bertanya la pada Mr.X memandangkan dia ada kedai handphone. Biasa la sebelum nak betul-betul membeli seharusnya aku bertanya rate harga. Apa yang membangkitkan kemarahan aku adalah apabila aku bertanya last harga dia boleh plak cakap aku nie kedekut la, berkira la...emmm..berkira ke macam tu sedangkan if beli kat kedai pun kita ada konsep tawar menawar. As a customer i have right to ask..bongok la mamat nie..x pe la aku lantakkan. Pastu paling aku tak tahan bila sms dia "Kalau x de duit x ya beli la"..memang celaka la dia nie..ok, fine aku mmg x mo beli kan ko pun..tp yg ko do miscol2 and sms aku, terhegeh-hegeh dok sibuk suh aku beli tu apa pasal..bangang la..


Sabtu lepas dia sms lagi "X de duit ke nak ambil tab?"..aku sebenarnye malas nak layan tetapi kerana kepanasan yg semakin meluap aku pun reply and selepas tu ria reply dengan menggunakan ayat yg betul-betul buat hati aku luruh dan teramat-amat sedih. Seandainya dia menganggap aku sebagai kawan, that not a proper way to treat ur friend.. semua maki hamun di keluarkan..aku sangat-sangat terkilan...
Sememangnye sebelum ni pun aku dah pernah kena maki hamun dari Mr.X tp aku sabar kan lg...sehingga la hari ini..Sesungguhnya aku percaya suatu masa tentu ada hari untuk dia. Aku hanya bersabar dan percaya akan takdir Allah and ini adalah ujian bagi Allah untuk aku.


Last sms dari Mr.X ialah dia akan bertunang minggu nie...nak kata aku kecewa tidak juga tp ada kekesalan yang teramat sangat..biarlah ia menjadi rahsia sampai mati tapi boleh ke aku meneruskan hidup dengan berharap aku dapat melupakan semua..semua memory aku dengan Mr.X..sikit pun walau sezahrah pun aku x mo ingat tapi itu mustahil kecuali aku hilang ingatan...Astagfirullahalazimm....aku hilang dalam keserabutan diri aku sendiri.


Sesungguhnye aku tidak mampu menahan semua nie...aku menangis sepuas-puasnya malam itu sehingga aku tidak dapat menahan semuanya..akhirnya untuk mengurangkan rasa beban dihati aku solat sunat 2 rakaan dan membaca surah Mariam..aku tidak pasti adakah surah itu sesuai untuk melegakan keresahan aku tapi aku percaya setiap patah huruf didalam alQuran itu adalah mukjizat Allah yang terbesar. Alhamdulilah setelah aku selesai membaca, sedikit demi sedikit hati aku semakin tenang cuma semestinya masih berbaki...


Seharian hari Ahad aku memerapkan diri di dalam bilik..Sepangjang hari itu aku dok dengar alunan Mozard and bethoven sahaja..aku agak serabut...aku berharap moga-moga otak aku tidak akan memikirkan perkara semalam..

Thursday, July 14, 2011

Sekadar peringatan

Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah .
Jika
diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing,
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi,

pasti
lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .

Rasulullah saw.
bersabda ( mafhumnya ):
' Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!'

Marilah
kita ucapkan kalimah ini : ' Laa ilaaha illallah !' x 10

Setelah
ucapkannya sebanyak
10 kali,
fowardkan email
ini kepada sekurang - kurangnya 10 orang rakan-rakan anda .
Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan,
hanya untuk usaha kita yang sedikit ini

Laa ilaaha illalLah
!

Monday, July 11, 2011

Nasihat dari Jin Ho

  • Jangan cepat jatuh cinta
  • Jangan cepat memaafkan orang lain
  • Jangan cepat mempercayai kawan sendiri
  • Jangan jatuhkan maruah sendiri

Sunday, January 30, 2011

Si comel yg menarik...

Hari ni aku tolong Dila angkat barang. Permohonan Dila untuk berpindah ke Putrajaya akhirnye berjaya and now she need to move there. Lepas angkat barang, aku, Dila, Kak Anim and Darsy gi makan kat food court Putrajaya. Masa nak balik aku singgah kat gerang goreng pisang..hehe..walaupun lepas makan tapi rasa nak mengunyah lg..masa nk beli tu datang seorang budak kecil perempuan yg sungguh comel, rasanya dalam 2 - 3 tahun..berlari2 sambil tersenyum lebar, maybe baru dpt 'kaki' kot. Aku rasa budak ni pelik betul budak ni sb tak takut orang..masa aku baru nak main2 ngn dia, tibe2 ayah dia dtg..si comel ni sempat melambai2 kat aku..ya Allah betapa comelnye budak ni..dah la comel, peramah pulak tu..yang lagi aku pelik budak ni x berhenti senyum dan terus melambai..agaknya suka kot tgk ada kakak ramai2..sampai la kami dah nak gerak ke parking lot tapi budak comel tu still melambai lagi...waaaa...budak ni betul2 cool..kata kawan2 aku maybe budak tu suka kat sweater aku yang bulu2 ni..lagi2 la ia berwarna pink...hehehe..hari ni seharian hujan so aku pakai la sweater aku yg cute ni..aku sebenarnye suka sgt musin sejuk..so aku boleh hangatkan badan dgn pakai sweater...aku suka sweater yg ada hook kat belakang..nampak comel...